CERPEN : KAU BUKAN TASTE AKU LAH !
"Hoii Ed, kau nak pergi mana tu ? tunggu la aku kejap ." Ed mula mendengus sambil menggerutu seorang diri dan aku sudah tersengih-sengih sambil berjalan ke arahnya . Mohd Edry salah seorang insan yang aku sayang lebih dari seorang kawan tapi dia tak tahu.
"Apa hal Lia ? aku nak cepat ni nak pergi print assignment aku ni , kan kalau tak pergi sekarang ramai pula orang di kedai tu ." "Nanti kalau assignment aku tak siap kau nak tolong jawab ke ?" Ed memberi alasan sambil buat muka .
"Uhh kau ni kan memang sengal ." "Kalau aku panggil ada saja alasan yang nak diberikan , kecil hati aku tau . "Aku cuma nak bagi ini je kat kau ." Aku menghulurkan sebuah kotak sambil berura-ura nak pergi . Buat-buat merajuk .
"Lia . Apa ni ?" teriak Ed sambil menanyakan apa maksud pemberian kotak itu .
"Kau tengok la sendiri , malas aku layan kau ." Aku sudah jauh melangkah pergi meninggalkan Ed yang masih dalam kebingungan .
Letihnya hari ini . Banyak gila tugas dan aktivti yang aku kena handle , macam-macam kerenah . Aku terus campak kunci kereta Swift kesayangan aku di atas meja study aku dan terbungkang atas katil . Kereta hadiah abah aku sempena kejayaan aku melanjutkan pelajaran di UiTM Shah Alam , aku pun sekarang dah di semester akhir . Maknanya dah masuk 3tahun aku kenal Ed dan selama itu la aku memendam rasa .
Dalam seronok melayan perasaan , telefon bimbit aku berbunyi nyaring menandakan ada mesej .
"Siapa pula yang kacau aku ni ?'" gerutu aku sendirian .
"Thanks for the LV's shirt , and thanks because remember my birthday , you are always the first wish my birthday since 3years . "Aku appreaciate sangat tapi kau tak payah la habiskan duit kau tu untuk beli hadiah kat aku ni and sorry pasal tengahari tadi , aku memang tengah rush sebab kena hantar assignment tu esok ."
Aku dah tersenyum sumbing dan dengan pantasnya aku membalas mesej si Ed .
"Welcome , because you are my friend dan aku rasa tak salah berhabis duit untuk kawan sendiri . Pasal tadi tu hal kecik je la aku tak simpan dalam hati pun lagipun aku faham situasi kita sekarang , exam pun dah dekat ." Aku senyum lagi mengimbau kenangan lama .
"Wahh ! senang hati nampak . Ingat dekat Mr Ed la tu ." sergah Esya smbil membaling bantal kecil berbentuk love tepat ke atas muka aku . Terkekek-kekek minah tu tengok muka aku yang terkejut macam tengok hantu .
"Hawauu punye kawan , nasib baik aku tak mati terkujat kat sini , lain kali bagi la salam, bila kau masuk hah ? Aku tak sedar pun ." "Banyak la kau punya salam , dah berbuih mulut aku membagi salam sampai bilik sebelah yang tolong jawabkan kau tau tak . Kau tu yang melayang entah ke mana nak salahkan aku ."
"Hahahaha . Apa la kau ni kalau tak berleter macam mak nenek boleh tak ? dah la cakap entah apa-apa ."
Esya menjelir dan aku terus membaling bantal tadi tepat ke dahinya . Dia memandang aku dan ketawa kami lepas .
Hari ini hari terakhir budak-budak diploma berada di kampus . Lepas ini mereka akan bercuti panjang dan enjoy sepuas-puasnya sebelum menghadap kembali buku-buku yang bosan dan hari-hari yang makin mencabar . Lia merasakan hari ini hari yang sesuai untuk meluahkan perasaan dia yang sebenar kepada Ed . Apa pun keputusan Ed dia akan terima . Kebetulan Ed menghantar pesanan ringkas dan menyatakan ingin berjumpanya petang nanti sebelum masing-masing pulang ke kampung .
"Jauhnya cik Qaseh Alia kita termenung , ingat kat Khairul Fahmi Che Mat ke ?" Aku tersentak , nasib baik tak tumpah air aku kalau tak mahu hijau muka aku kat sini . "kau ni kan Ed , dah lah lambat buat lawak pula kat sini kalau air ni aku siram atas kepala kau nak ?? Kau ingat si Apex tu kenal la aku ?" aku tiba-tiba naik angin mana taknya berjam-jam aku tunggu dah la gabra nak beritahu isi hati aku selama ini kat dia .
" Rileks la yang kau emo sangat ni kenapa ? datang bulan erk ? hahaha sorry la jalan sesak tadi kau tahu-tahu je lah time-time macam ni semua orang baru balik kerja ."
"Habis tu aku naik jet ke datang sini lalu ikut highway udara ? Dah tahu jalan sibuk turun la awal . " Aku dah tarik muncung sedepa tanda protes .
"Kau tak payah buat muka macam hanger tu la , geli tengkuk aku tengok ." Aku hanya mampu gelak , aku tak mampu marah dia lama-lama apalagi tengok senyuman dia yang sweet tu .
"Ed , aku nak cakap sesuatu ."
"Apa dia ? cakap saja la ."
"Aku sebenarnya suka dekat kau Ed , dah 3 tahun sejak kali pertama kita berkenalan ."
"Hahaha . Bukan kau suka dekat Apex tu ke ? Kau ini bergurau tak kena tempat la . Kau kan tahu taste aku macam mana ? Yang stylo dan slim tau , kau bukan taste aku la , kau tu chubby tau tak dah la kasar . Lagipun aku nak fokus kat study dulu la Lia ."
"Siapa nak kat kau tu ? aku saja je agah kau nak tengok reaksi kau , kau ingat aku hadap sangat dengan kau ? muka pun separuh siap . Aku kalau nak cari bakal suami biar yang semegah sikit perangai dia bukan macam kau ni haa ." Aku hanya mampu ketawa pedih dan berpura-pura tentang hakikat .
Qaseh Alia seorang gadis sederhana alaf 21 , walaupun bertudung litup tapi masih mengikut trend fesyen yang terkini , dia bukanlah gadis melayu terakhir kerana sifatnya agak kasar namun kasarnya dia kerana tegas dengan prinsip sebuah hidup . Dia berbadan gempal , tinggi lampai , berkulit kuning langsat dan berlesung pipit . Cukup untuk membuat lelaki tertambat dengan wajahnya yang manis itu .
...................................................................................................
Lagi dua hari semester baru akan bermula , tak sabarnya pergi . 2bulan di rumah memang membosankan mana taknya anak tunggal la katakan , nak keluar tak ada geng jadi terperap saja kat rumah cuma sesekali menemani mama keluar shopping . Rindu gila dekat Esya walaupun selalu 'skype' dengan dia . Ed ? Cuma sekali sahaja kami berbalas pesanan ringkas tu pun ada hal yang Ed nak tanya . Dia takkan cari aku kalau tak ada hal mustahak dan aku pun dah terluka dengan kejadian hari itu jadi aku just mendiamkan diri .
"Lia . Lamanya aku tak jumpa kau , aku rindu sangat kat kau . Kau apa khabar ? kenapa aku tengok kau dah kurus sikit ni ?" Sapa esya sambil merangkul tubuh aku ke dalam dakapannya .
Rindu benar aku nak melayan kerenah manja dia .
"Aku pun rindu sangat kat kau , aku sihat je .Mane ada aku kurus , kau tu yang makin gemuk tak?" balas aku sambil menyeka air mata ." Hanya tuhan yang tahu kenapa aku jadi macam ni.
"Hahaha . ofcourse la , tengah senang hati . Shahrul melamar aku jadi tunang dia ." kata Esya dengan gembira. "Wah ! tahniah Esya , aku tumpang bahagia semoga sampai ke jinjang pelamin ."
Aku mula sebak tapi tak mungkin aku akan mengalirkan air mata tika sahabat aku sedang bahagia .
Dah seminggu kuliah bermula dan aku lalui hari-hari aku dengan senyuman palsu .
Aku tahu Esya sedar dengan perubahan sikap aku yang lebih suka menyendiri kebelakangan ini ,
dia ada cuba bertanya tapi aku hanya menjawab yang aku ingin lebih fokus pada semester kali ini .
"Hai Lia , akhirnya jumpa pun dengan kau , kau sihat ?" sapa Ed .
"Hai Ed , lately ni aku busy uruskan club la , aku sihat je .
Kau macam mana sihat ?" jawab Lia mendatar .
"Aku sihat je , oh ya ni steady girlfriend aku Qistina . Qistina .. ini la Lia bestfriend B , dia la yang banyak tolong i dalam study ."
"Ohh hai , i'm Qistina nice to meet you ." Qistina menghulurkan tangan .
Aku menyambutnya dengan senyuman hambar .
"Hai , saya Qaseh Alia . You ni junior kami kan ? yang kami handle tahun lepas .
Soal aku sekadar untuk mengurangkan ketegangan yang aku rasa sekarang .
"A'ah , you ingat lagi . Masa tu la Ed jatuh cinta pada I , kan B ?" Qistina tanpa segan menggedik di depan aku dan Ed hanya mengiyakan apa yang di kata .
"Ok lah aku pergi dulu , Esya mesti dah lama tunggu aku dekat parking kereta . Assalamualaikum ."
Kaki aku melangkah laju berjalan ke arah kereta , hati aku remuk .
Sampai saja di kereta aku terus masuk ke kereta . Tercengang Esya dengan perbuatan aku.
Sepanjang perjalanan aku diam seribu bahasa dan Esya juga tak berani untuk bertanya .
Malam itu , aku tak dapat tidur . Aku menangis teresak-esak dan makin lama makin kuat sehingga mengejutkan Esya yang sedang tidur .
"Lia , kenapa ni ? kenapa kau menangis ?" Apa yang dah jadi ? soal Esya bertubi-tubi .
Esya memeluk aku erat dan turut menitiskan air mata .
"Sya , hari terakhir sem lepas aku dah luahkan perasaan aku terhadap Ed , dia kata aku bergurau , katanya nak tumpu pada study dan aku ni bukan taste yang dia cari .
Petang tadi aku terserempak dia dengan seorang perempuan , dia kenalkan kat aku sebagai steady girlfriend dia . Hati aku sakit Sya , aku tak kuat ."
"Kenapa kau tak cerita semua ni kat aku dari awal . Sabar Lia , ada hikmah kenapa dia bukan milik kau , tuhan nak bagi orang yang lebih baik buat kau .Aku yakin kau akan berjumpa dengan orang yang selayaknya untuk kau ."
Aku hanya mampu meratap dalam pelukan Esya .
...................................................................................................
Hampir dua minggu life aku hanya untuk kelas dan study di library , yang selebihnya aku lebih banyak berkurung di dalam bilik mujurlah aku punya sahabat yang sentiasa ada kala susah senang aku , Esya la yang banyak memberi semangat dan mengingatkan aku tentang qada dan qadar ilahi .
Aku tetap membisu , semakin hari tubuhku semakin susut .
POngggggg !!! kedengaran kereta membunyikan hon dengan kuat sekali .
Aku terkejut dan bila aku berpaling sebuah kereta sedang menghala ke arah aku ,
aku seperti kebingungan hanya mampu memandang kelam sehingga aku merasakan tubuh aku di cengkam seseorang lalu kami sama-sama jatuh di bahu jalan . Kereta tadi sudah hilang ke mana dan aku masih tidak tahu apa-apa sehinggalah orang yang menyergah aku tadi bersuara .
"Hoiii .. kot ye pun nak mati jangan la depan aku , menyusahkan orang saja habis lengan aku melecet ." Tanpa disedari ada air jernih mengalir ke pipi Lia dan dia bingkas bangun dan berlari ke destinasi yang dia sendiri tidak tahu .
"Hey perempuan , kau tak tahu berterima kasih ke hah ?" marah pemuda tersebut dan bangun untuk segera beredar dari situ .
Tiba-tiba dia ternampak sekeping kad di jalan lalu segera diambilnya . "Qaseh Alia Binti Razali , ini kad pelajar budak tadi ni .
Hurmm perlu ke aku kembalikan kad ini setelah dia pergi tanpa ucapan terima kasih tapi kalau aku tak pulangkan susah juga budak ini nak ke sana ke mari ."
Di bangku taman Lia menenangkan diri dan memikirkan tentang diri yang semakin tak terurus .
"Aku belum mahu mati , Ya-ALLAH apa yang telah aku lakukan selama ini ? Menidakkan kehendakMu dan mensia-siakan peluang yang ada . Astagfirullahalazim ."
Aku segera meninggalkan taman tersebut dan pulang ke rumah sewaku .
"Esya , aku nak minta maaf kalau selama ini aku dah banyak susahkan kau ,sekarang aku dah sedar tak guna aku mengharap pada yang tak sudi dan aku nak mulakan semuanya dari mula .
Aku patut bersyukur di saat jatuh bangun aku , aku masih ada kau yang sentiasa di sisi aku .
Terima kasih Sya ."
"Alhamdulillah kalau kau dah sedar dan aku harap kau akan jumpa orang yang ikhlas sayangkan kau .
Aku pun besyukur ada kawan macam kau tau dan aku akan sentiasa ada bila kau perlukan aku .
Welcome darling ." "Eee geli la aku darling-darling ini nak muntah aku tau ."
"Heyy , bertuah punya kawan jaga kau ." Belum sempat aku mengejar Lia dia dah lari dah masuk bilik macam lipas kudung .
Aku gembira Alia yang aku kenal dah kembali walaupun tak mungkin sama macam dulu aku tetap lega .
...................................................................................................
Pagi itu aku dan Esya tidak ada kelas jadi kami buat keputusan nak pergi library untuk mencari bahan assignment masing-masing .
Setelah jumpa dengan buku rujukan yang kami mahukan , kami pergi ke meja belakang untuk membuat kerja-kerja yang menimbun itu .
"Malasnya aku nak buat kira-kira , lemah betul la aku dengan nombor ni ."
"Kau ni kan Lia dari dulu tak berubah-ubah perangai malas dan tidur no1 , benda senang macam ni pun tak boleh buat ."
"Alaa , kau bukannya tak tahu yang aku ni memang tak suka dengan angka , boleh demam labi-labi aku dibuatnya , kau tu lain la mesin cetak apa yang kau baca apa yang hafal itu la yang keluar kat kertas putih nanti ."
Kedengaran student meja sebelah menahan tawa mungkin mendengar celoteh merapu kami agaknya . "Kau tengok , budak sebelah dah ketawakan kita dah la mari sini aku ajar kau . " Aku tersengih , "memang aku nak kau ajar pun ."
Suasana sepi , dah dua jam kami di sini tiba-tiba ada suara yang menyapa kami "Hai ." kami mendongak rupanya lelaki yang ketawa tadi .
Aku tidak mengendahkan dia dan tetap tekun dengan buku dihadapanku , hanya Esya yang melayan dia berbual-bual tapi dari perbualan mereka aku dapat tahu yang nama dia Mohd Khursyl Amri .
"Esya , kawan awak ini memang orang 4musim ke ?"
"4musim ? maksud awak ?" Telinga aku mula meberi perhatian bila nama aku jadi topik perbualan utama .
"Yalah , sekejap ketawa sekejap bisu sekejap menangis ." Eysa tergelak .
"Awak belum tengok lagi angin kus-kus dia menyerang ." Ketawa mereka terburai . "Eysa sedapnya mulut kau mengata aku dan kau ni mana tahu aku ni macam mana ? bajet bagus la kau ni ."
"Angin kus-kus dia dah datang ." sampuk Eysa . Aku hanya menjeling .
"Kau ke yang aku ni bajet bagus atau kau jenis orang yang tak pandai nak berterima kasih ?" balas Am sinis .
"Apa maksud kau hah ?"
Am tersenyum sinis lalu mengeluarkan sekeping kad di hadapan Lia lalu berlalu pergi .
Lia terkejut melihat kad itu adalah kad pelajarnya yang hilang minggu lepas , puas dia mencari tapi tidak jumpa jadi bagaimana kad ini boleh ada di tangan Am ?
Dia cuba mengingat sesuatu "Ya ALLAH , jadi dia yang selamatkan aku hari itu .
Berkerut-kerut dahi Lia memikirkannya , menyesal kerana tidak berterima kasih kepada Am hari itu belum hilang kini ditambah dengan masalah baru .
"Lia , kau ok ? apa maksud Am tadi ?" "Aku ok , balik nanti aku ceritakan ."
...................................................................................................
Puas aku mencari dan menunggu Am di library pada hari-hari yang berikutnya tapi hampa .
Aku sudah berputus harapan lalu aku biarkan saja sehinggalah satu hari aku nampak dia di cafe bersama teman-temannya .
"Am . Am . Tunggu ." teriak aku dari belakang . "Am , ada awek panggil kau lah ." rakannya memberitahu .
"Apa lagi budak tu nak dari aku , tak cukup lagi ke tambah dosa kat aku ni hah ?" Am mengomel sendirian .
"Hah ada apa lagi kau cari aku ni ?" kasar saja Am bertanya . Aku memandang rakan-rakan Am , Am mengerti lalu menyuruh mereka pergi dahulu .
"Aku nak minta maaf sebab dah marah-marah kat library dan aku nak ucapkan terima kasih sebab dah selamatkan nyawa aku tempoh hari . Maaf la aku pamit tanpa berterima kasih , aku sendiri bingung masa tu ." ucap Lia perlahan .
Am senyum dalam diam , dia bukan lah kejam sangat sampai nak terus bermusuhan cuma dia geram kerana Lia tidak mengenang dia yang telah membantunya tapi dia tahu dari raut wajah Lia masa itu pasti dia sedang menghadapi masalah .
"Ok , aku maafkan kau tapi dengan syarat ."
"Syarat ? Syarat apa ?" kalau aku boleh buat aku buat . ujar Lia bersungguh-sungguh .
"Cium pipi aku dulu ." ujar Am dengan senyuman nakal .
"Hah ?" muka aku sudah bengang .
"Hahaha , aku gurau jela , kau kena belanja aku makan sebagai ganti kau tak bawa aku pergi klinik hari itu boleh ?"
"No hal , jom lah , kau cakap je nak makan apa aku bayar ." Aku tersenyum manis .
Kami terus berjalan beriringan ke kedai makan .
Sejak dari hari itu hubungan kami dah makin baik dan kami sekarang dah mcam belangkas . Ed ? sudah jarang ku temui , cuma sesekali kami duduk berdiscussion bersama itu pun kejap ada kejap hilang .
Pasti berjumpa si buah hati . Aku tidak ambil peduli .
"Kelas aku dah habis , kelas kau pun dah habis , apa kata kita pergi lunch ? aku lapar la dari tadi tak makan lagi . Kau teman aku ya ." Pujuk Am dengan muka seposen .
"Hahaha , kau ini bongok kan , muka mcam apa je . Tak payah la buat muka seposen tu aku pun memang tengah lapar ini jom la kita ke cafe tapi kau belanja ok ? Muktamad ." ujar Lia senang hati .
"Ceh , macam la selama ini aku tak pernah belanja kau . Kau nak tau tak sejak kawan dengan kau beg duit aku dah kempis tau ? Tu semua kau lah kuat sangat melantak ." bebel Am . Aku hanya menjelirkan lidah dan secara spontan Am menarik hidung aku kegeraman . Aku tergamam , Am pun terkejut dengan tindakan dia tadi .
"Sorry , aku tak sengaja . Ter"excited" pula ." ujar Am tersipu-sipu . Aku gelak .
"Tak apa , aku maafkan . Aku tahu kau tak segaja . Dah la jom kita makan ."
Ada mata yang sedang memandang kemesraan mereka dengan perasaan cemburu dan sedih.
...................................................................................................
"Lia , aku gembira sangat tengok kau dah macam dulu balik ." Eysa bersuara ketika aku , dia dan Am membuat rujukan di library . Aku hanya tersenyum dan menggengam erat tangat Eysa .
"Aku pun nak ucap terima kasih kat kau Am sebab kau dah kembalikan Lia yang dulu pada aku ."
"Tak ada hal la , lagipun dia sendiri yang dah sedar , aku tak buat apa-apa pun ."
"Dah dah , korang berdua dah banyak bantu aku , kalau tak aku tak sekuat sekarang . Thanks ."Aku menyampuk , dan kami meneruskan kerja-kerja kami .
"Hadirnya dirimu oo Qaseh Alia engkau menyinari hidupku yang sunyi jelingan matamu memikat hatiku buatku terlena hingga akhir hayatku ." Am menyanyi lagu Mamat Exist tapi liriknya ada nama aku , aku terkelip-kelip melihat dia .
"Kau tahu menyanyi ke tak tahu menyanyi ni ? kenapa pelik sangat aku dengar kau menyanyi ni ? Bukan ke Aleeya Maisara kenapa boleh jadi Qaseh Alia pula ? nama aku tu ."
"Ehh ? Aleeya Maisara erkk ? itu orang yang Mamat sayang , orang yang aku sayang bukan Aleeya Maisara , orang yang aku sayang Qaseh Alia ." Selamba je jawapan yang Am bagi .
"Ohh Qaseh Alia kau kekasih hatiku rela berkorban demi masa depanmu impian hidupku agar kita bersama
untuk selama-lamanya ." Am terus menyanyi tanpa mengendahkan omelan aku .
"Hahaha , kau ini memang sengal . Kau demam erkk hari ini ? Dah cek doktor ?" Aku menutup kegugupan aku .
"Malas la aku layan kau , buat sakit hati je ." Aku berjalan meninggalkan Am .
"Lia ." panggil Am lembut . Aku berhenti dan menanti Am menghampiri aku .
"Lia , setiap bait-bait lirik yang aku nyanyikan tadi merupakan isi hati aku terhadap kau Lia . Kehadiran kau dalam hidup aku saat yang sangat aku hargai dan Qaseh Alia sangat bererti dalam hidup aku ." Belum sempat aku bersuara Am berkata lagi .
"Lia , aku tak nak couple dengan kau tapi aku nak kau jadi milik aku yang sah bila saatnya tiba . Aku tak letak harapan yang tinggi untuk kau letak aku sebagai orang yang paling istimewa dalam hati kau kerana aku tahu kau cintakan Ed tapi percayalah dalam hati aku kau punya tempat yang paling istimewa . Maafkan aku kalau persahabatan yang kita bina ini ada cinta yang mengalir didalamnya , sungguh aku tak pinta tapi dia hadir dengan izinNya ."
Aku terasa ada air hangat yang mengalir di pipi aku , sungguh aku tak sangka cinta Am setulus itu .
"Bagi aku masa Am , kalau ada jodoh antara kita aku terima dengan hati yang terbuka ." Aku tersenyum sebagai tanda aku akan mempertimbangkan cinta Am .
Kami melalui kehidupan kami seperti biasa , Am tidak lagi mengungkit tentang perasaan mungkin mahu bagi aku ruang untuk aku berfikir . Aku tahu yang aku juga dah jatuh sayang pada Am cuma aku tidak mahu terburu-buru dalam membuat keputusan . Aku tak nak suatu hari nanti Am derita andai aku tidak dapat membahagiakan dia .
...................................................................................................
Ed tiba-tiba menghantar pesanan katanya ingin berjumpa aku di tempat biasa .
Ed menanti aku resah , dia tahu aku pasti datang tapi dalam masa yang sama dia juga bimbang andai aku sudah berkeras hati dengan dia ..
"Ed . Ada apa kau nak jumpa aku ?"
"Eh Lia duduk la , saja aku nak jumpa kau , rindu ." ucap Ed tersenyum . Aku tak pasti kata-katanya itu menyindir atau ikhlas .
"Lia , aku nak minta maaf kalau aku pernah sakitkan hati kau dulu , kalau boleh kita nak berbaik macam dulu lagi ." Tutur Ed sambil meraih tangan Lia .
"Apa ni Ed pegang-pegang tangan aku , kau buat salah apa kat aku ? Aku rasa aku masih seperti dulu ."
"Ooo ... kalau jantan tak guna tu cuit-cuit hidung kau boleh . Aku pegang tak boleh ya ??" Emosi Ed mula tak terkawal .
Panggg !! satu tamparan hinggap di pipi kiri Ed . "Ed , kau ingat aku perempuan murah macam kawan-kawan perempuan kau yang lain ? Kau ekori aku ? Kau ingat perkara tu berlaku secara sengaja ? Ternyata kau masih tidak kenal aku siapa walaupun dah lama kita berkawan . Aku kecewa dengan kau ." Lia terus bangkit dan berlari ke arah kereta ..
"Lia .. tunggu aku , maafkan aku Lia . Aku sayangkan kau , kita boleh bina hidup baru bersama Lia ." laung Ed .
Lia berpaling sambil tersenyum lalu berkata "Andai tuhan dah menetapkan kita bersama , kita tetap akan bersatu . Tak sangka kau sanggup menjilat ludah itu kembali ."
Sesampai di rumah Lia menghamburkan kesedihannya di kamar , semua barang disepahkan . Ketukan pintu bertalu-talu dari Esya tidak dihiraukan , panggilan dari Am di biarkan . Sungguh dia sakit mengenangkan apa yang berlaku . "Kenapa harus kau datang lagi ??" teriak Lia .
Esya risau Lia akan bertindak di luar dugaan lalu dia mencari kunci pendua lalu membuka pintu bilik Lia .
"Astagfirullahalazim Lia , apa dah jadi dengan kau ni Lia ? kenapa kau macam ni ?" Esya tergamam dan menitis air mata melihat keadaan sahabatnya itu . Esya cuba merangkul Lia tapi dia meronta-ronta seperti kerasukkan . Selama sejam begitu akhirnya Lia terjelepuk di birai katil dan merengek seperti bayi .
"Lia , aku ada kat sini , kau sabar ya ." Esya cuba memujuk dan mengelus Lia lembut .
"Sya , dia tagih cinta aku yang dia tolak dulu . Aku tak tahu nak buat apa Sya ."
"Ed ke yang kau maksudkan ? Lia , perkara ini soal hati dan perasaan , aku sebagai kawan hanya nak yang terbaik untuk kau . Kau buat lah solat istikarah banyak-banyak agar diberi petunjuk insyaallah kau akan dapat jawapan yang terbaik " Esya cuba menarik kembali Lia ke dunia nyata .
...................................................................................................
Selepas peristiwa itu , Lia tiba-tiba menjauhkan diri dari Am . Am tertanya-tanya apa salah dia , bila ditanya pada Esya , Esya sendiri tidak tahu . Dah berapa malam Esya nampak Lia buat solat sunat , adakah itu petanda Am bukan pilihan Lia ? Dia tidak pasti .
"Hai Lia . Jom kita pergi makan nak ?" "Hai Ed , jom Lia pun lapar la ." balas Lia dengan riang .
Niat Am memanggil Lia terbantut apabila melihat Ed menghampiri Lia dan terus berlalu ke cafe . Hajatnya nak makan bersama cinta hatinya berkecai , dia melangkah longlai , perut yang lapar sudah berhenti berkumandang .
"Kenapa tiba-tiba kau berubah Lia ? Apa salah aku sampai kau pergi kepada Ed ? Ya mungkin dia istimewa , siapa lah aku di mata kau . Rintih Am pedih . Dia tidak menyangka cinta yang disemai tak sempat berbunga mekar di halaman . Dia pasrah kini .
"Am , aku nak kau bersabar banyak-banyak mungkin tuhan sedang menguji kau . Aku pun tak tahu kenapa jadi macam ini . Dah puas aku nasihat Lia tapi dia tak ambil peduli bahkan dia minta aku jangan masuk campur dalam urusan dia . Dia dah lain sangat sekarang ."
"Tak apa la Esya , orang dah tak sudi nak buat macam mana . Jangan dipaksa nanti kita yang disalahkan . Aku terima semua ini . Dari pertama kali aku jatuh cinta pada dia aku dah ingatkan diri aku yang perkara macam ini akan terjadi , aku tahu cinta dia pada siapa ." Lirih suara Am menutur kata .
"Tapi Lia dah melampau dengan kau ." "Lia tak salah Esya , aku yang terlalu berharap ." Esya mengeluh kesal dengan sikap baru Lia .
"Lia kenapa dengan kau ini , kau sedar tak apa yang kau dah buat dengan Am ? Kau sekarang dah berubah dah tak macam dulu kan ." marah Esya .
Masa itu Esya dan Am bertembung dengan Lia yang sedang menunggu Ed .
"Apa aku dah buat ? Aku tak buat apa-apa , aku tak pernah beri Am harapan . Dia yang nak kat aku , aku tak kata apa-apa pun ." Aku balas dengan sombong .
"Kau Lia ..." Am menahan Esya yang ingin menampar Lia "Sudah Esya , memang aku yang salah sebab cintakan dia . Aku yang perasan sendiri , jom kita pergi Esya ."
"Kau akan menyesal Lia ." ugut Esya .
"Maafkan aku Esya , maafkan aku Am . Bukan niat aku nak sakitkan hati korang tapi aku lakukan ini bersebab , nanti satu hari kau akan faham ." kata hati Lia yang perih .
"Lia , kenapa ini ? Mereka nak apa lagi ? sapa Ed .
"Tak ada apa-apa , jom kita pergi ." ucap Lia perlahan sambil mengusap pipi yang basah .
Dari jauh Lia nampak Ed sedang memarahi Esya dan Am .
"Hey , korang berdua jangan cuba-cuba nak racun fikiran Lia lagi . Lia sekarang milik aku dan korang tak ada hak nak ganggu hubungan kami berdua ." Ed dengan biadap menyergah mereka yang sedang berdiskusi di cafe .
"Aku tak kuasa la nak campur urusan korang berdua , kami berdua tak peduli . Kau yang tak tahu malu dah kau buang kau datang macam pengemis ." Esya melepaskan ledakan amarah di hati .
Am tetap tenang di sisi Esya tanpa berkata apa . Ed bengang dengan kelancangan kata-kata Esya dan kebisuan Am .
Dia mencengkam kolar Am dan ingin menghayunkan tumbukan padu buat Am ... "Berhenti ." tempik aku .
"Lia . Ed nak bagi pengajaran sikit pada orang yang ganggu kekasih Ed ini ."
Aku hanya tersenyum di sisi Ed dan tiba-tiba aku beralih tempat ke sisi Am .
"Siapa kekasih kau ?" Soal aku sinis .
"Lia , kan kita dah janji nak bina hubungan baru bersama ." Ed membalas kata-kata Lia walaupun dia cukup tercengang dengan soalan Lia . Malah Esya dan Am juga tidak faham dengan situasi yang sedan berlaku .
"For your information , aku bakal isteri Khursyl Amri ." Lantang dan jelas Lia bersuara . Semua terkejut dengan ucapan Lia .
"Apa ini Lia ? Kau cakap kau cintakan aku , kenapa buat aku macam ini ?" bicara Ed gagap .
"Hey , Kau bukan taste aku la . Ya 4tahun dulu mungkin kau yang aku damba tapi sekarang kau tidak pernah lagi hadir dalam hati aku ." Lia sedang membalas perbuatan dan kata-kata Ed setahun yang lalu .
"Kau sengaja nak menjahanamkan aku Lia . Sumpah aku sayang kau Lia ." kaki Ed longlai disitu . Lia menangis tapi apakan daya sudah tiada cinta buat Ed .
"Maafkan aku Ed , bukan niat aku nak menipu . Memang aku sayang kau tapi tak lebih dari seorang kawan sekarang ."
"Dalam hati aku siang dan malam hanya ada Am , hanya dipenuhi cinta dia ." tutur Lia bergetar menahan tangis , dia rindukan nyanyian dari Am , dia rindukan kata-kata cinta dari Am . Mata Am bergenang , sungguh dia rindu dengan gadis dihadapannya sekarang . Ingin sekali dia menyeka air mata yang bergenang di pipi gadisnya itu , ingin sekali dia memeluk meredakan kesengsaraan yang dihadapi kekasihnya itu tapi dia tahu syariat agama membataskan mereka .
Ed bingkas berdiri " terima kasih Lia , maafkan aku dah sakitkan hati kau selama ini . Am , kau jagalah Lia sebaik mungkin , kau memang layak buat dia ." Ed melangkah pergi membawa hati yang luka . Baru dia sedar macam mana sakitnya hati Lia dulu , Ed redha .
"Lia , aku nak minta maaf sebab dah salah sangka pada kau selama ini ." Esya merangkul aku kemas, ada air hangat mengalir di pipi . "Aku tak salahkan kau , aku yang patut minta maaf sebab dah buat kau susah hati pasal aku ."
"Am , maafkan aku ." Am tersenyum dan mengangguk laju .
...................................................................................................
Tak sangka aku dah jadi tunangan orang dan tinggal beberapa bulan lagi aku akan sah jadi isteri kepada orang yang mencintai aku selama-lamanya .
"Assalamualaikum , ingat kat siapa tu ?" bisik Am halus .
"Aishh .. Abang ini buat terperanjat orang je tau , nampak penumbuk ini ? nak rasa ?" Aku mengacukan penumbuk pada Am .
"Eleh , tunang abang ini tak akan beraninya buat . Awak kan sayang saya sangat-sangat ." Am gemar benar menyakat .
"Perasannya dia , kalau tak sebab dia yang kemaruk sangat kat kita tak ada nya kita nak terima dia ." Aku tak mengalah .
"Hahaha . Konon . Kemaruk-kemaruk abang pun tak ada sampai menangis-nangis ."
"Abang .. Biar lah biar lah tak kisah , janji kita dapat abang ." Ucap Aku tersipu-sipu .
"Abang nak tanya sesuatu boleh tak ?"
"Tanyalah ." Lia mula memberi fokus kepada Am . "Dulu , kenapa tiba-tiba Lia tinggalkan abang dan pergi kepada Ed ?" "Betul abang nak tahu ?" Am mengangguk laju .
"Suatu hari itu , Ed datang merayu agar Lia terima dia , Lia buntu sangat hanya Esya yang tahu keadaan Lia masa tu . Esya minta Lia buat solat sunat istikarah . Banyak malam Lia buat sampai la satu malam Lia mimpi terdengar suara seseorang sayup-sayup memanggil Lia . Lia dah tahu siapa pemilik suara itu tapi Lia terus-terusan buat solat sunat itu dan mimpi yang sama juga hadir semakin lama semakin jelas ."
"Suara Ed ya ? Sebab itu Lia pergi pada dia ? Am menyampuk, jelas nada kecewa dalam suara dia .
"Tak . Suara abang . Suara abang yang memanggil-manggil Lia dan menyanyi untuk Lia ." Aku tersenyum melihat dia kaget .
"Hurmm kalau macam tu kenapa Lia cari Ed bukan abang ?"
"Sebab masa tu Lia tak pasti lagi dan Lia nak tengok sejauh mana tulusnya abang pada Lia lagipun Lia nak bagi pengajaran pada Ed juga ."
"Ooo tak percaya dengan cinta abang ya ?" Am berjauh hati .
"Maafkan Lia ya ."
Am tersenyum dan mata kami saling merenung bahagia .
Amboi-amboi , bakal pengantin kita bersandiwara kat sini ya , kerja kat dalam masih banyak yang tak siap tau ." Omel Esya . Kami berdua ketawa melihat keletah Esya , bersyukur sangat dapat kawan macam dia . Kami juga berterima kasih pada dia yang banyak membantu dalam hubungan kami .
"Aku sayang kau Sya ." "Aku pun ." kami berpelukan , menangis kegembiraan .
"Dah-dah , Esya lepas ini aku dah tak bagi tau kau peluk-peluk dia macam ini tau nanti aku cemburu . Kali ini saja aku bagi can ." Am menyakat .
"No no no , she's always mine even she was taken by you ." Esya mencebik .
Sungguh teguh persahabtan mereka , Ya-ALLAH teguhkan la bahtera perkahwinan kami juga , semoga kami semua sentiasa dibawah lindungan Mu .
Kami tersenyum bahagia , punya keluarga punya cinta punya sahabat .
.................................................................................................
|